Latar Belakang

Rumah Ngaji Barokah ditubuhkan pada 1 Januari 2017 di bawah pengurusan Jawatankuasa Pengelola Rumah Ngaji Barokah

Pembukaan rasminya telah disempurnakan pada 8 Februari 2018 bersamaan 22 Jamadil Awwal 1439H. Pada tahun pertama Rumah Ngaji ini menerima kemasukan pelajar seramai 20 orang pelajar Dewasa untuk belajar mengaji al Quran .

Pada awalnya aktiviti mengaji ini bermula di Rumah Ustaz Suhardiman Mohd Lazim. Selepas itu dengan pertambahan peserta Rumah Ngaji Barokah terpaksa berpindah ke Bangunan yang di sewa seperti alamat di atas. Pihak pengurusan terpaksa mencari satu tempat yang lebih selesa dan sesuai bagi memudahkan peserta belajar mengaji dengan lebih sempurna.

Pada tahun 2018 Rumah Ngaji Barokah telah beroperasi sepenuhnya di bangunan yang disewa ini dan telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Bin Abd Majid, Pengerusi Majlis Dakwa Negara (MDN) Malaysia. Sehingga hari ini Rumah Ngaji Barokah mempunyai lebih 100 orang pelajar Dewasa dan Pelajar sekolah yang berdaftar dan dijangka meningkat dari semasa ke semasa. Rumah Ngaji Barokah ini mempunyai seorang Pengurus, Ahli Jawatankuasa Pengelola, dua orang guru al Quran Lelaki dan satu orang guru al Quran perempuan serta, seorang pengurus dan seorang pembantu tadbir.